logo

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan innayahNYA, kompilasi pendigitalan rujukan-rujukan berkaitan Cawangan Tadbir seperti Publikasi Udara Tadbir, Handbook Tadbir, PMAT dan MAFJP telah dapat direalisasikan dan disediakan dalam satu laman web khas yang dinamakan E-Rujukan Tadbir. Saya amat berbangga dan berterima kasih kepada Tim JK R&D Cawangan Tadbir dan semua Sub Trade Master Cawangan Tadbir di atas kerjasama jitu dan usaha gigih yang ditunjukkan dalam merealisasikan pembentukan laman web ini.
Keberkesanan Pegawai dan anggota Tadbir dalam melaksanakan tugas bukan hanya terletak kepada komitmen dan usaha gigih semata-mata. Akan tetapi perlu diperkukuhkan dengan pengetahuan mendalam berkenaan tugas yang dilaksanakan. Oleh itu, laman web E-Rujukan Tadbir ini diperkenalkan sebagai satu platform maklumat di hujung jari yang mesra pengguna, penuh berinformasi dan mudah diakses melalui telefon mudah alih sebilang masa, di mana sahaja kita berada. Laman web ini diharapkan akan menjadi pemangkin dalam usaha kita membudayakan laman capaian maya sebagai pusat rujukan kepada semua Pegawai dan anggota Cawangan Tadbir. Ini penting bagi membolehkan segala maklumat yang diperlukan dalam melaksanakan tugas seharian dapat diakses dengan pantas, praktikal dan berkesan.
Akhir kalam, saya mengharapkan supaya laman web E-Rujukan Tadbir ini dapat digunakan dengan seoptima mungkin dalam menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai dan anggota Tadbir di Pangkalan/Unit mahupun di peringkat Markas. Semoga segala usaha yang kita laksanakan ini akan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wataala. In Syaa Allah.

logo
“SENTIASA DI ANGKASA RAYA”

logo
DATO’ AHMAD BIN ABD RAHMAN
Brigedier Jeneral TUDM
MANTAN ASISTEN KETUA STAF TADBIR

logo

Selamat Datang Ke e-Rujukan Cawangan Tadbir

Daftar Keahlian?